Thursday 16 March 2017

Ulasan Kelas Asas Blog

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Setelah bertangguh-tangguh, akhirnya, alhamdulillah saya sudah selesai mengikuti Kelas Asas Blog yang dikendalikan oleh Puan Zaila Mohamad pada 12.3.2017, di Jalan Kebun, Shah Alam.  Syukur.

Saya mula tahu tentang Kelas Asas Blog ini melalui adik Hifzaila Hafni, bekas rakan sepejabat yang kini rakan setempat tinggal. Melalui Hifzaila saya mula merisik-risik tentang kelas. Saya mula berkeinginan untuk mengikuti kelas sejak tahun lepas tetapi asyik tertangguh. 

Sebelum ini, saya pernah buat blog sendiri. Tapi buat tanpa guru ni memang tidak menjadi. Bila kita berguru, yang susah jadi mudah. InsyaAllah.

Dalam masa setengah hari sebanyak 13 tugasan berjaya diselesaikan.  Tugasan ke-14, ialah Ulasan Kelas. Dalam kelas ini, Puan Zaila ajar buat blog secara sistematik. Penerangan yang diberikan sangat mudah difahami. Nota yang diberikan pula amat membantu bagi saya yang baru hendak mula berblog. Namun, saya sangat-sangat mengharapkan bimbingan Pn.Zaila untuk terus saya konsisten berblog dan berbisnes. InsyaAllah.

Terima kasih kepada Pn. Zaila Mohamad kerana mengajar saya. Moga Allah jua yang membalas jasamu cikgu.




2 comments:

  1. Selamat datang ke akademi Kak Zilah. Tahniah akhirnya ada blog bisnes sendiri! 😀😀😀

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dik Zaila. Terima kasih sebab tak jemu-jemu jawab soalan akak.

    ReplyDelete