Saturday, 28 October 2017

KD Skin Wash atasi masalah resdung dan kegatalan kulit

MUKA MERENYAM GATAL DAN MATA MEMBENGKAK!!
"Ustazah, gatal muka saya ni," Mona pembantu saya mengadu.
" Laaa ...mata dah merah-merah tu. Hang salah makan ni."
Kesian pula tengok muka dia yang mulai MEMBENGKAK. Mata mulai SEPET. Dia gelisah sebab gatal merenyam-renyam.
Mungkin dia alergik sesuatu. Kebiasaannya mereka yang ada masalah RESDUNG, akan alergik dengan hama, debu dan makanan seperti udang, sotong, daging dan ayam.
Kawan sekolah saya dulu selalu bengkak-bengkak badan bila termakan daging lembu. Kesian tengok satu badan bengkak-bengkak.
Si Mona ni pun mungkin sama. Dan tadi dia kena refill KD Skin Wash. Dan saya suruh dia pakai bedak SKIN WASH.
CAMNA PULA ???
Alahhhhh
Ambil sikit KD SKIN WASH dan campur sikit air. Tempek di muka macam pakai bedak sejuk.
Dia pun pakai bedak KD SKIN WASH dan ni kata dia;
"Wah...rasa macam berdenyut tegang kulit! Waduh..rasa gatal ni macam berlawan."
Tak sampai 5 minit dia komen pula,
"Alhamdulillah HILANG MERENYAM DAH."
MasyaALLAH. Idea spontan tu membantu rupanya. Dan saya dapat satu idea...
SAYA NAK PAKAI BEDAK KD SKIN WASH...
Sapa ada SKIN WASH?
JOM KITA BERBEDAK SAT...KITA NAK RASA KULIT DIREGANGKAN...KERANA DIRIMU BERHAK JELITA😙😙😙
Yang anak sering gatal-gatal, bedak satu badan, mana tau ALLAH izinkan dan mujarab. Bebas steroid!!!
Credit: CEO Al Mujahid Ustazah Sahida Said

Baca testimonial di SINI
Pertanyaan lanjut klik :  BeautyKD.Skin Wash

Testimoni KD Skin Wash

Testimoni #1

Muka sudah tidak pedih macam mula-mula pakai. Pedih sekejap lepas tu sudah ok. Yang best, seronok main kulit muka sendiri, lembut macam baby.

Malam sebelum tidur pakai Skin Oil, pagi siap pergi kerja pakai Skin Oil. Cuma muka tidak glowing berminyak macam orang lain, tapi PUAS HATI tengok muka sendiri.




KD Skin Wash








Fungsinya seperti sabun cuma banyak manfaatnya.

  • Rumusan herba bebas kimia
  • Menyingkirkan sel kulit mati
  • Membantu masalah kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Melicinkan kulit
  • Mengurangkan selulit / lemak di bawah kulit
  • Mengatasi kegatalan kulit

Cara menggunakannya:
Ambil sesudu dan campurkan dengan sedikit air. Bancuh likat.  Sapu di kulit seperti menggunakan sabun.

***Spray Aura KD dalam bancuhan untuk rawatan misteri.

Kandungan : 50gm+- 

Baca testimonial di SINI

Friday, 28 April 2017

Bayi TIDAK KERAP menangis malam

Hari ni saya rasa berdebar-debar sebab tengah tunggu saat nak bersalin anak ketiga. Pengalaman bersalin yang lepas, kedua-duanya kena induce, lepas tu tak larat nak meneran, doktor terpaksa guna vacum.

Oleh sebab saya ada kencing manis, doktor suruh datang hospital kalau tak bersalin lagi bila dah sampai tarikh due. So, tanpa rasa sakit pergilah saya ke hospital. Anak yang lagi dua tu saya minta tolong kakak jaga sementara suami temankan saya di hospital. Anak saya yang no 2 tu kuat menangis. Moga kakak saya tak stress.

Lepas solat zohor saya pergi menyerah diri. Lepas daftar,  nurse & doktor dah check ikut prosedur. Saya kena admit. Masuk wad bahagian tunggu nak bersalin. Wad kerajaan, tapi hospital ni selesa lah pada saya. Nurse doktor semua ok. Lepas dah tau katil, saya suruh suami balik sebab saya belum rasa nak bersalin. Saya cakap kepada suami, tunggu saya call baru datang, sebab tak sampai hati nak biarkan kakak jaga anak dua org tu. Nanti melalak, jenuh kakak saa nak diamkan. Mana nak jaga anak dia yang tiga orang tu lagi. 

Esok paginya prosedur check lagi. Doktor cakap dah nampak jalan dan boleh masuk bilik bersalin. Hah, tak sakit pun. Cepat-cepat saya call suami.

Suami sampai tepat-tepat saya betu-betul nak bersalin. Kali ni tak perlu vacum baby meluncur keluar dengan mudah. Syukur sangat. Baby ketiga ni juga geng yang dua org tu. Boy. Bila semua dah selesai, saya masih tinggal di wad dengan baby. Masuk je wad, dah start dengar sana sini suara baby menangis. ‘Meriah’ wad ni.

Masa di wad sempat tanya suami macam mana anak duduk dengan kakak. Suami cakap ok je. Saya tanya yang nombor dua tu nangis tak. Suami cakap ok je. Lena je tido. Aik, biar betul. Sebab kalau di rumah kami, malam asyik menangis je.  Sebelum suami balik, suami bagi saya satu tiub pink. Suami cakap kakak bagi untuk saya sapu kat hidung, kening & ubun-ubun baby. Saya bau, masyaAllah wanginya. Tenang baunya.

Bila nurse hantar baby, saya buat macam kakak suruh. Wah, takjub betul. Baby saya cool je. Malam pun tak menangis macam baby-baby lain. Baby lain saya tengok asyik menangis. Saya perhatikan ibu-ibu tu letih. Baby saya tidur lena, bangun bila nak menyusu atau lampin basah. Saya pun sapu juga kat hidung & kening saya. Tenang rasanya. Saya juga dapat rehat. Almaklum, lepas bersalin banyak tenaga ibu hilang.

Esoknya, saya discharge. Bila balik umah kakak, barulah tau benda yg kakak bagi tu. Kakak cakap itulah KD Speechless Scent. Kakak cakap KD tu sejenis haruman daripada alam semula jadi yang telah bantu kakak untuk meredakan tangisan bayi, memudahkan bayi tidur lena dan mengawal emosi. Memang sesuai untuk ibu yang dalam pantang.

Kakak kata dia sapu KD pada anak saya nombor dua yang suka menangis tu. Sebab tu kakak senang jaga anak saya.  

Alhamdulillah.

Boleh baca testimonial lain di SINI


Tuesday, 25 April 2017

Kulit Muka Sihat dan Tegang

Testimoni KDScrub #1

Bestnya pakai scrub muka KD. Rasa tegang dan sihat sikit. Nak lawakan muka pula. Hari ke-36 pantang. Alhamdulillah.

Malam sebelum tidur, saya pakai  Skin Oil tu. Bestnya. Alhamdulillah setakat ni semua best produk Al Mujahid (Annurulhadi).



Friday, 21 April 2017

Kesamparan

Cuti sekolah ni, Ina balik kampung bawa anak-anak jumpa nenek diorang. Si kecik bukan main seronok main dengan abang-abangnya dalam kereta. Oleh sebab jalan jem, kami sampai dah senja. Nenek diroang bukan main seronok sambut cucu-cucunya balik.

Lepas tiga hari duk kampung, malam sebelum nak balik KL, dalam pukul 12.30 malam, masa semua orang dah tidur, si kecik dok teriak. Ina dah cuak. Risau nenek diorang tak boleh tidur. Dekat sejam jugak, si kecik menangis. Macam-macam dah buat dia tak nak diam jugak. Last-last nenek diorang buatkan kesamparan guna bawang merah. Baru si kecik lena.

Dalam hati Ina, risau bila balik KL kalau si kecik menangis tengah malam lagi macam mana? Nak buat kesamparan tak reti?


===========================
ANAK DIAM TERUS TAK NANGIS!
===========================
Jika Puan Ina tidak tahu buat kesamparan, Puan Ina boleh cuba cara yang mudah seperti yang dilakukan oleh Puan Amira.
“Anak saya menangis dari jam 5pm tadi tak behenti. Macam-macam minyak angin disapu kat perut. Nangis juga. Makin kuat, baru saya teringatkan KD, terus sapu kat perut dia. Alhamdulillah, dia DIAM terus TAK NANGIS” – Puan Amira

Baca testimoni lain di SINI

KD Speechless Scent dapat membantu:

 meredakan tangisan bayi yang selalu menangis malam
 memudahkan bayi tidur lena
 mengawal emosi ibu dalam pantang
 membantu menenangkan anak yang suka meragam
 menenangkan anak yang suka bergaduh
 meredakan bayi kembung
 membantu menurunkan kuning bayi 

Di sebuah klinik 24jam di Shah Alam

“Doktor, baby saya ni menangis sejak dari pukul 2.00 pagi tadi. Saya dah tak tau nak buat macam mana. Tolonglah doktor periksa baby saya ni” – rayu ibu kepada doktor.

“Tapi anak puan ni diam je ..”kata doktor bila lihat bayi yang dalam pelukan ibu itu tidak menangis.

“Doktor ingat kami datang sini pagi-pagi ni suka-suka ke? Doktor kata kami bohong ke?” Marah si ayah bila dia rasakan doktor tak percaya kata-katanya.

“Tulah yang saya pelik..tadi kat rumah dia punya menangis satu taman boleh dengar…tup tup datang sini diam pulak.” Kata si ibu pula cuba meredakan kemarahan suaminya.

Doktor itu hanya tersenyum.

Ibu dan ayah itu pelik melihat baby mereka yang sudah tidak menangis dan mula melelapkan mata.

Jadi, apa sebenarnya masalah baby ini??

Kemudian, doktor bertanya beberapa soalan kepada ibu dan ayah itu.
-          Puan dah check sama baby ni lapar?
-          Puan dah cuba dodoikan baby?
-          Sepanjang waktu siang tadi baby tidur tak?
-          Puan ada bawa baby pegi travel mana-mana siang tadi?
-          Baby puan tidur dengan puan ke? Macam mana suhu bilik tempat baby tidur?
-          Lampin baby basah tak?
-          Puan dah check suhu badan anak? Panas tak?

Ibu dan ayah berpandangan sesama sendiri. Kemudian, si ayah menjawab.

“Sebenarnya kami baru sampai dari Kedah doktor. Kami sampai umah dalam pukul 12.00 malam tadi. Jalan jem teruk. Bila sampai umah, baby tidur kejap pastu dalam pukul 2 pagi dia bangun tak mula menangis tak nak diam-diam. Sebab tu kami datang sini.”

Doktor memeriksa baby mereka. Doktor tersenyum.

“Jadi, itulah masalahnya. Baby puan ni sebenarnya kepenatan. Dia penat berada dalam kereta dalam tempoh yang lama. Otot-otot baby puan ni lenguh dan dia merasa tidak selesa. Puan boleh urut baby dengan lembut. Bila baby datang sini, dia rasa selesa sebab suhu yang sejuk. Nanti bila balik, pastikan suhu bilik tempat baby ni tidor dalam suhu yang selesa. Jika puan guna kipas, biarkan kipas berpusing dalam kelajuan yang sederhana. ”

 “Oo….itu ke masalahnya. Kami ingatkan anak kami sakit.”

“Pesan saya, bila anak menangis, puan check dulu apa yang saya tanya tadi. Jika ada yang membimbangkan seperti suhu badan melebihi 37 celcius, puan bawa ke klinik.”

***
Puan pernah hadapi situasi seperti di atas?
“Anak saya menangis dari jam 5pm tadi tak behenti. Macam-macam minyak angin disapu kat perut. Nangis juga. Makin kuat, baru saya teringatkan KD, terus sapu kat perut dia. Alhamdulillah, dia DIAM terus TAK NANGIS” – Puan Amira

Baca testimoni lain di sini